Friday, 30 December 2016

BELAJAR DI BILIK TECC (TECHNOLOGY ENABLED COLLABORATIVE CLASSROOM)

Assalamualaikum semua, sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada pensyarah yang saya kasihi Puan Darni Binti Darmin kerana memberi saya peluang untuk menceritakan pengalaman pertama saya menggunakan bilik Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC) ini. Dan tak lupa juga kepada anda kerana sudi melawati laman ini. Ada banyak pengalaman menarik yang saya ingin kongsikan bersama anda ketika saya berada di bilik TECC buat pertama kalinya dan saya berasa kan seperti wow (menarik sungguh).



Bilik TECC ini amat selesa dan luas serta boleh memuatkan lebih 40 orang dalam satu masa. Di samping itu juga pembelajaran di sini tidak lah sebegitu formal seperti pembelajaran  di dalam kelas biasa. Selain itu, terdapat banyak alat bahan bantu pembelajaran dan apa yang menariknya disini ialah setiap orang boleh menggunakan segala kemudahan yang ada di TECC. 




A lot of fun activities that we can do here


Pelbagai aktiviti dan tugasan yang telah di lakukan ketika hari pertama menggunakan bilik Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC). Antaranya ialah kami telah melakukan perbincangan dan pembentangan tentang komponen input / output komputer. Dan bukan mudah ye untuk memikirkan idea untuk komponen i/o komputer yang lebih inovatif di masa akan datang.


Sedang memikirkan idea yang kreatif dan inovatif




Melukis rekabentuk komponen daripada idea yang tercetus 


Setelah selesai, pelajar ditugaskan untuk membentangkan setiap hasil kerja mereka


Presentation




Dalam pada itu juga setiap kumpulan pelajar harus melakukan satu slide presentation tentang komponen input/output komputer


Pelajar bertungkus lumus menyiapkan slide presentation.

Kesimpulannya, para pelajar amat gembira dan teruja apabila dapat memasuki ke bilik yang serba canggih itu. Dan pensyarah pelajar juga sangat sporting iaitu Puan Darni :))).  Pelajar telah belajar bagaimana untuk mengenal pasti komponen komputer input/output dan dapat belajar untuk mencipta komponen komputer yang mungkin wujud pada masa akan datang nanti. Akhir kata, success has no limit .