Saturday 14 January 2017

STORY BOARD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ...

Pada minggu ni saya ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti yang kami telah lakukan iaitu satu tugasan membuat story board (papan cerita).Definisi yang sebenar bagi papan cerita ialah urutan lukisan, biasanya dengan beberapa arahan dan dialog yang dirancang untuk filem atau video animasi pendek dan sebagainya. Dalam era ini, papan cerita telah digunakan dalam bidang pembangunan web, pembangunan perisian, dan reka bentuk pengajaran untuk membentangkan dan menerangkan, dalam bentuk bertulis, acara interaktif serta audio dan gerakan, terutamanya pada interface pengguna dan laman elektronik. Banyak idea yang telah diberi kepada kami ketika di dalam sesi pembelajaran. Dan dengan ada nya storyboard ini, ia akan menjadi lebih efektif dalam melaksanakan sesuatu filem pendek atau rakaman animasi pendek dan lain - lain.


                                                             Busy sikit mikir idea



Tajuk yang kami pilih untuk story board kami ialah berkenaan networking, dan di bawah ini merupakan antara draft yang kami hasilkan namun agak belum memadai lagi :-


Masih dalam prosess lagi nih :-)))




Terdapat banyak faedah atau manfaat dari papan cerita antaranya ialah bahawa produksi boleh merancang filem ini terlebih dahulu. Proses pemikiran visual dan perancangan membolehkan sekumpulan orang untuk berbincang bersama-sama, meletakkan idea mereka pada papan cerita dan kemudian menyusun papan cerita di dinding. Ini menggalakkan lebih banyak idea dan dapat menjana kata sepakat di dalam kumpulan.



Kalau berusaha pasti berjaya betul tak syah?


Rajin Tan siapkan kerja 


Semoga anda semua memperoleh manfaat daripada apa yang dikongsikan di sini walaupun sedikit .

^_^





  





















No comments:

Post a Comment