Sunday, 22 January 2017


MENGEMAS DAN MENCANTIK KAN BILIK TECC.





Sedikit penghargaan kepada peserta yang hadir pada waktu kejadian. Halim (kiri sekali) Akmal (dua dari kiri) Izzat (tiga dari kiri) Raden (Empat dari kiri) Hafiz Samsol (candid). Perkara biasa.



BEKERJASAMA


Kebanyakkan daripada kami dapat bekerjasama bagi menjayakan tugasan atau kerja amal ini dengan jayanya. Bukan senang nak bersama sama kemas bilik TECC ini.















PENGALAMAN YANG TAKKAN DILUPAKAN
! (UNFORGETTABLE)










TERIMA KASIH KEPADA PUAN DARNI KERANA TIDAK JEMU DENGAN KARENAH KAMI.








Saturday, 14 January 2017

STORY BOARD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ...

Pada minggu ni saya ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti yang kami telah lakukan iaitu satu tugasan membuat story board (papan cerita).Definisi yang sebenar bagi papan cerita ialah urutan lukisan, biasanya dengan beberapa arahan dan dialog yang dirancang untuk filem atau video animasi pendek dan sebagainya. Dalam era ini, papan cerita telah digunakan dalam bidang pembangunan web, pembangunan perisian, dan reka bentuk pengajaran untuk membentangkan dan menerangkan, dalam bentuk bertulis, acara interaktif serta audio dan gerakan, terutamanya pada interface pengguna dan laman elektronik. Banyak idea yang telah diberi kepada kami ketika di dalam sesi pembelajaran. Dan dengan ada nya storyboard ini, ia akan menjadi lebih efektif dalam melaksanakan sesuatu filem pendek atau rakaman animasi pendek dan lain - lain.


                                                             Busy sikit mikir idea



Tajuk yang kami pilih untuk story board kami ialah berkenaan networking, dan di bawah ini merupakan antara draft yang kami hasilkan namun agak belum memadai lagi :-


Masih dalam prosess lagi nih :-)))




Terdapat banyak faedah atau manfaat dari papan cerita antaranya ialah bahawa produksi boleh merancang filem ini terlebih dahulu. Proses pemikiran visual dan perancangan membolehkan sekumpulan orang untuk berbincang bersama-sama, meletakkan idea mereka pada papan cerita dan kemudian menyusun papan cerita di dinding. Ini menggalakkan lebih banyak idea dan dapat menjana kata sepakat di dalam kumpulan.



Kalau berusaha pasti berjaya betul tak syah?


Rajin Tan siapkan kerja 


Semoga anda semua memperoleh manfaat daripada apa yang dikongsikan di sini walaupun sedikit .

^_^





  





















Friday, 6 January 2017

PERBEZAAN SERIF DAN SANS SERIF

HAI SEMUA...

Blog kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang muka taip jenis Serif dan Sans Serif. Terdapat perbezaan antara dua muka taip (typeface) ini. Puan Darni telah menerangkan dengan begitu jelas sekali ketika belajar di dalam bilik TECC. Sesuatu ilmu yang baru kami perolehi.

Kami telah pun mempelajari tentang apa itu serif dan apa itu sans serif .Okay mari berkenalan sedikit dengan Serif dan Sans Serif typeface.











BERIKUT MERUPAKAN PENERANGAN 







Sebelum itu apa itu Typeface? typeface atau dalam bahasa dikenali sebagai muka taip ini merupakan jenis reka bentuk untuk satu set fon atau lebih set font. Ia juga merupakan font family yang sering atau selalu digunakan didalam mana mana majalah, kertas, laman sesawang dan macam macam lagi lah.








Serif ialah garis kecil yang terdapat pada hujung strok dalam simbol atau perkataan. Sans Serif pula ialah garis yang tidak mempunyai ciri ciri yang melanjutkan seperti Serif. Lihat contoh dibawah :- 

 SERIF





  • Serif digunakan untuk teks tajuk (headline text) kerana ia lebih mudah dibaca.
  • Font Serif sesuai digunakan untuk tujuan percetakan.   


  • SANS SERIF
    • Sans Serif sesuai digunakan untuk pembelajaran kanak kanak.
    • Font Sans Serif boleh digunakan untuk laman sesawang.




    Anda mungkin sudah memahami bukan ? mudah sahaja untuk membezakan Serif dan Sans Serif ini dan apa yang penting ialah kena ada semangat untuk terus belajar perkara baharu atau benda baru. Caiyok!!