Friday 6 January 2017

PERBEZAAN SERIF DAN SANS SERIF

HAI SEMUA...

Blog kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang muka taip jenis Serif dan Sans Serif. Terdapat perbezaan antara dua muka taip (typeface) ini. Puan Darni telah menerangkan dengan begitu jelas sekali ketika belajar di dalam bilik TECC. Sesuatu ilmu yang baru kami perolehi.

Kami telah pun mempelajari tentang apa itu serif dan apa itu sans serif .Okay mari berkenalan sedikit dengan Serif dan Sans Serif typeface.











BERIKUT MERUPAKAN PENERANGAN 







Sebelum itu apa itu Typeface? typeface atau dalam bahasa dikenali sebagai muka taip ini merupakan jenis reka bentuk untuk satu set fon atau lebih set font. Ia juga merupakan font family yang sering atau selalu digunakan didalam mana mana majalah, kertas, laman sesawang dan macam macam lagi lah.








Serif ialah garis kecil yang terdapat pada hujung strok dalam simbol atau perkataan. Sans Serif pula ialah garis yang tidak mempunyai ciri ciri yang melanjutkan seperti Serif. Lihat contoh dibawah :- 

 SERIF





  • Serif digunakan untuk teks tajuk (headline text) kerana ia lebih mudah dibaca.
  • Font Serif sesuai digunakan untuk tujuan percetakan.   


  • SANS SERIF
    • Sans Serif sesuai digunakan untuk pembelajaran kanak kanak.
    • Font Sans Serif boleh digunakan untuk laman sesawang.




    Anda mungkin sudah memahami bukan ? mudah sahaja untuk membezakan Serif dan Sans Serif ini dan apa yang penting ialah kena ada semangat untuk terus belajar perkara baharu atau benda baru. Caiyok!! 








    2 comments:

    1. good khairul..teruskan menulis..

      ReplyDelete
    2. cuma...jenis tulisan yg sesuai utk pbelajaran kanak2 tu mana u dpt info tu?hehhee

      ReplyDelete